Perdana Logo

TERMA DAN SYARAT PRIORITI PAS
PRIORITY PASS TERMS AND CONDITIONS

Dengan menggunakan Kad Prioriti Pas, awda dianggap telah membaca, memahami dan menerima terma dan syarat ("Terma") Program Prioriti Pas ("Program") yang ditawarkan oleh Priority Pass Berhad dan bersetuju untuk terikat dengan Terma ini.


Sebagai tambahan, awda juga menerima Terma ini yang dikenakan oleh Bank Islam Brunei Darussalam ("BIBD") seperti yang dinyatakan di bawah ini dan bersetuju untuk terikat dengan Terma ini.

1.0
Definisi
1.1
Terma-terma yang yang ditakrifkan dalam Terma ini hendaklah mempunyai makna tertentu seperti yang ditetapkan di bawah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain:
"Akaun" bermaksud akaun yang awda buka sama ada secara bersendirian atau bersama dan dikekalkan dengan Bank serta dikaitkan dengan produk, perkhidmatan dan faedah Keahlian PERDANA.
"Yuran" bermaksud yuran dan caj yang mungkin perlu dibayar kepada Bank berhubung dengan Program ini.
"Kad" bermaksud kad yang dikeluarkan oleh Prioriti Pas yang akan awda gunakan apabila melawat mana-mana ruang menunggu yang ikut serta.
"Lounge yang ikut serta" bermaksud lapangan terbang yang telah bersetuju untuk menyertai Program Prioriti Pas.
"Priority Pas" bermaksud Prioriti Pas Berhad, pihak yang mana BIBD telah memeterai perjanjian untuk menyediakan awda dengan perkhidmatan yang dinyatakan di sini.
"Program Priority Pas" bermaksud program yang dimiliki dan diuruskan oleh Prioriti Pas yang memberikan awda akses kepada lebih 600 lounge VIP lapangan terbang di lebih daripada 300 bandaraya di seluruh dunia.
"Terma" bermaksud terma dan syarat yang dinyatakan di sini yang mengawal Perjanjian di antara awda dan Bank berkaitan dengan penggunaan Kad bersama dengan terma dan syarat Program yang boleh dipinda atau diubah oleh Bank dan/atau Prioriti Pas atas budi bicara mutlak Bank dari semasa ke semasa.
2.0
Kelayakan dan Pemberian Kad Prioriti Pas
2.1
Semua Ahli utama PERDANA Perbankan Istimewa ("PPB") yang memegang Kad Kredit Platinum PERDANA yang sah adalah secara automatic berhak mendapatkan keahlian dalam Program ini.
2.2
Jika awda membatalkan atau menurun taraf Kad Kredit Platinum PERDANA awda atau menutup/menamatkan Keahlian PPB, Kad Prioriti Pas awda secara automatik akan dibatalkan tanpa sebarang notis kepada awda.
3.0
Penggunaan Kad
3.1
Awda mesti mendapatkan baucar "Rekod Lawatan" apabila awda menggunakan Kad untuk masuk ke mana-mana lounge lapangan terbang di seluruh dunia.
3.2
Kad ini hanya sah digunakan di lounge lapangan terbang yang bergabung dengan Program ini. Awda boleh mendapatkan senarai terkini lounge yang ikut serta di www.prioritypass.com atau melalui aplikasi telefon pintar Prioriti Pas. Adalah menjadi tanggungjawab awda untuk mengesahkan bahawa lounge yang awda lawati adalah sebahagian daripada Program ini.
3.3
Awda mengakui bahawa Bank akan mendebit yuran yang ditetapkan daripada akaun awda bagi setiap lawatan ke semua lounge yang ikut serta apabila awda melebihi jumlah lawatan percuma yang ditetapkan.
3.4
Kad Prioriti Pas tidak boleh dipindah milik dan hanya boleh digunakan oleh orang yang namanya didaftarkan pada Kad Prioriti Pas. Kad ini hanya sah sehingga tarikh ianya mansuh.
3.5
Awda bertanggung jawab untuk menyimpan dengan selamat dan menggunakan Kad Prioriti Pas dengan cara yang betul.
3.6
Kad Prioriti Pas adalah bukan kad bayaran atau bukti kesahihan kredit awda dan percubaan untuk berbuat demikian boleh disifatkan sebagai penipuan.
3.7
Semua lounge yang ikut serta adalah dimiliki dan dikendalikan oleh organisasi pihak ketiga. Awda dan tetamu yang turut bersama awda (di mana awda dipertanggungjawabkan) mesti mematuhi peraturan dan polisi di setiap lounge/kelab berkenaan. Akses mungkin dihadkan kerana ruang yang terhad tetapi ini adalah sepenuhnya tertakluk kepada budi bicara setiap pengendali lounge. Prioriti Pas atau Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas kemudahan yang ditawarkan atau perkhidmatan atau mutu perkhidmatan di lounge berkenaan.
3.8
Prioriti Pas akan menggunakan apa jua usaha untuk memastikan faedah dan kemudahan yang disediakan adalah seperti yang diiklankan. Awda mengakui, bahawa Prioriti Pas tidak menjamin dalam apa cara pun bahawa faedah dan kemudahan tersebut adalah disediakan pada masa awda membuat lawatan ke mana-mana lounge yang ikut serta.
4.0
Lawatan
4.1
Awda berhak ke atas bilangan lawatan percuma yang ditetapkan dalam tempoh satu (1) tahun kalendar tanpa menghiraukan tarikh Kad dikeluarkan.
4.2
Awda mengakui bahawa jumlah lawatan percuma yang ditetapkan adalah ditentukan sepenuhnya oleh Bank dan boleh diubah oleh Bank mengikut budi bicara mutlaknya dari semasa ke semasa.
4.3
Lawatan yang tidak digunakan dalam tahun kalendar tidak boleh dibawa ke hadapan untuk digunakan dalam tahun kalendar berikutnya. Sebarang lawatan yang tidak digunakan akan dibatalkan pada akhir tahun kalendar.
4.4
Jika Kad Prioriti Pas hilang, dicuri atau diganti dalam tahun kalendar, tarikh asal pengeluarannya akan dikira sebagai tarikh permulaan tahun kalendar berikutnya.
4.5
Adalah menjadi tanggungjawab awda untuk menyimpan baucar rekod lawatan semasa lawatan awda ke lounge lapangan terbang dan memastikan ketepatannya. Bank tidak akan bertanggungjawab untuk mengekalkan rekod itu bagi pihak awda.
4.6
Kemasukan ke lounge lapangan terbang yang ikut serta adalah tertakluk kepada penyerahan Kad Prioriti Pas awda yang sah.
4.7
Awda boleh membawa tetamu semasa lawatan awda ke lounge.
4.8
Jika awda ingin membawa tetamu ke mana-mana lounge, awda boleh mengarahkan Bank sama ada untuk:
(i) Menolak lawatan tetamu awda dari jumlah lawatan percuma yang ditetapkan yang awda berhak dengan syarat awda tidak menggunakan semua lawatan percuma yang ditetapkan atau
(ii) Menolak caj yang ditetapkan kerana membawa masuk tetamu ke lounge secara langsung daripada Akaun awda tanpa notis kepada awda.
4.9
Awda akan dikenakan bayaran secara kebelakangan (awda hanya akan dicaj untuk lawatan pada bulan berikutnya selepas lawatan dibuat, bergantung kepada masa setiap lawatan) untuk semua lawatan yang melebihi peruntukan lawatan percuma dan jumlahnya akan dinyatakan dalam Penyata Akaun awda.
4.10
Jika awda mendapati terdapat mana-mana salah aturan dalam Penyata awda yang berkaitan dengan jumlah yang dicajkan ke Akaun awda, awda hendaklah dengan segera memaklumkan kepada Bank tetapi dalam mana-mana keadaan, tidak lebih daripada empat belas (14) hari dari tarikh pengeluaran Penyata itu. Bank akan menjalankan siasatan dalaman untuk menentusahkan tuntutan awda dan kesan pengembalian semula jumlah yang dicajkan apabila Bank mengesahkan kebenaran tuntutan awda.
5.0
Pembatalan atau Penggantungan keahlian Prioriti Pas awda
5.1
Awda mestilah dengan segera memaklumkan kepada Bank dengan menghubungi Pengurus Perhubungan awda atau dengan menghubungi Pusat Perhubungan PERDANA @ 673 223 6688 jika awda hendak membatalkan keahlian awda dari Program ini. Awda mesti menyerahkan Kad Prioriti Pas kepada Bank dan Kad Prioriti Pas akan dimusnahkan dengan:
(i) Memotong strip magnetik dan nombor dan
(ii) Mencalar keluar nombor yang terdapat pada panel tandatangan di Kad.
5.2
Kad Prioriti Pas yang tidak dikembalikan atau dimusnahkan dengan betul mungkin masih boleh digunakan. Sekiranya ini berlaku awda mengakui bahawa awda akan bertanggungjawab untuk mana-mana atau semua transaksi Prioriti Pas.
5.3
Awda mengakui bahawa Kad adalah hak milik Bank dan Bank berhak untuk menggantung atau membatalkan keahlian Prioriti Pas awda dengan atau tanpa notis kepada awda jika berlaku mana-mana perkara yang berikut:
(i) Jika awda gagal membayar mana-mana obligasi pembiayaan awda yang sedia ada dengan Bank atau
(ii) Apabila didapati sebarang prosiding sivil/jenayah/kebankrapan diambil terhadap awda (tidak kira peringkat/status prosiding) atau
(iii) Jika ada penipuan atau sekiranya Bank mengesyaki penipuan dalam akaun awda atau
(iv) Jika keahlian PPB awda ditutup atau awda tidak lagi memegang Kad Kredit Platinum PERDANA atau
(v) Selepas kematian awda.
5.4
Sekiranya awda membatalkan keahlian Prioriti Pas awda, sebarang caj yang tertunggak bagi lawatan lounge awda dan/atau mana-mana tetamu awda, akan dibayar serta merta dan akan dikenakan kepada awda sebaik sahaja lawatan berkenaan diproses dan tertera di dalam sistem perbankan Bank.
5.5
Jika Kad Prioriti Pas awda telah dibatalkan:
(i) Kad Prioriti Pas awda tidak lagi boleh digunakan bagi sebarang tujuan dan
(ii) Bank akan memaklumkan Prioriti Pas atau sesiapa yang perlu mengetahui mengenai pembatalan itu tanpa menanggung sebarang liabiliti.
5.6
Bank juga boleh membatalkan atau menggantung penggunaan Kad Prioriti Pas awda setelah memberikan notis awal yang munasabah kepada awda jika sekiranya kami membatalkan perjanjian kami dengan Prioriti Pas.
6.0
Pertikaian dengan Prioriti Pas
6.1
Sebarang pertikaian antara awda dengan Prioriti Pas tidak akan memberikan awda hak untuk:
(i) Dikecualikan daripada kewajiban awda kepada Bank untuk mana-mana bayaran yang perlu dibuat bagi lawatan ke lounge yang ikut serta; dan/atau
(ii) Mengarahkan Bank untuk mengembalikan caj yang terdahulu bagi mana-mana bayaran yang dibuat kepada Prioriti Pas untuk perkhidmatan yang diperolehi dengan Kad Prioriti Pas.
6.2
Bank hanya akan mengkredit akaun awda dengan jumlah baucar kredit setelah Bank menerima resit baucar kredit yang dikeluarkan oleh Prioriti Pas.
7.0
Liabiliti
7.1
Jika awda kehilangan Kad Prioriti Pas awda atau awda mengesyaki bahawa Kad telah dicuri atau digunakan oleh orang lain tanpa kebenaran awda, awda hendaklah memaklumkan Bank dengan segera dengan menghubungi Pengurus Perhubungan awda atau Pusat Perhubungan PERDANA.
7.2
Awda tidak akan bertanggungjawab ke atas penggunaan Kad Prioriti Pas jika awda telah memaklumkan kepada Bank dengan betul mengikut Klausa 7.1 di atas.
7.3
Awda akan terus bertanggungjawab ke atas penggunaan Kad kecuali jika awda boleh membuktikan sehingga Bank berpuas hati bahawa penggunaan dan/atau kerugian itu bukan disebabkan untuk tujuan penipuan atau kecuaian awda.
8.0
Indemniti
8.1
Awda akujanji untuk melindungi dan terus menanggung rugi Bank terhadap sebarang tuntutan, tindakan dan/atau prosiding termasuk kos dan perbelanjaan guaman yang timbul dari sebarang kerugian atau kerosakan akibat daripada perjanjian ini dan yang berkaitan dengan penggunaan mana-mana kemudahan lounge lapangan terbang dan/atau Kad berkenaan.
9.0
Umum
9.1
Awda boleh mendapatkan maklumat mengenai mana-mana/semua yuran/caj yang ditetapkan atau sebarang maklumat yang berkaitan dengan Program tersebut dengan menghubungi mana-mana Pengurus Perhubungan PERDANA atau Pusat Perhubungan PERDANA.
9.2
Bank boleh meminda atau mengubah mana-mana Terma ini dengan memberi notis kepada awda melalui mana-mana cara yang Bank anggap sesuai dan pindaan serta perubahan tersebut akan berkuat kuasa di antara awda dengan Bank mulai dari tarikh yang dinyatakan dalam notis berkenaan atau jika ianya tidak ada, dari tarikh notis tersebut.
9.3
Terma ini akan dikawal oleh dan ditafsirkan mengikut Undang-Undang Negara Brunei Darussalam. Mahkamah-Mahkamah Brunei Darussalam mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk mendengar sebarang pertikaian atau perkara-perkara yang berkaitan dengannya.