Perdana Logo

PERDANA PERBANKAN ISTIMEWA
PRIORITY PASSTM

SOALAN-SOALAN LAZIM


Apakah dia Priority Pass?

Priority Pass ialah program ruang menunggu lapangan terbang bebas terbesar di dunia yang memberikan akses kepada lebih 600 ruang menunggu VIP lapangan terbang di lebih daripada 300 bandaraya di seluruh dunia.


Siapakah yang boleh memohon keahlian kad Priority Pass?

Ahli utama PERDANA Perbankan Istimewa yang mempunyai Kad Kredit Platinum PERDANA yang sah adalah secara automatik layak untuk mendapatkan Kad Priority Pass, yang ditawarkan secara komplementari.


Apakah tempoh sah laku keahlian kad Priority Pass?

Ia hanyalah sah selama 5 tahun daripada tarikh kad dikeluarkan, sama seperti Kad Kredit Platinum PERDANA. Pada bulan terakhir tahun ke-5, awda akan menerima Kad Priority Pass yang telah diperbaharui dengan syarat Kad Kredit Platinum PERDANA juga diperbaharui.


Bolehkah saya memasuki ruang menunggu tanpa menggunakan kad keahlian Priority Passsaya?

Tidak. Awda tidak akan dibenarkan masuk melainkan awda mengemukakan kad keahlian Priority Pass yang sah. Oleh itu, sila pastikan awda sentiasa membawa kad keahlian Priority Pass awda bersama awda.


Bolehkah orang lain menggunakan kad keahlian Priority Pass saya untuk masuk ke ruang menunggu?

Tidak. Kad keahlian awda hanya sah untuk awda sebagai ahli kerana nama awda akan dicetak di atas kad.


Bagaimanakah saya memperolehi maklumat mengenai ruang menunggu?

Berikut adalah 5 cara mudah untuk awda mencari ruang-ruang menunggu yang ikut serta:

1 Online - www.prioritypass.com
2 Aplikasi Mudah Alih - Mudah digunakan dan percuma untuk memuat turun aplikasi dari mana-mana peranti mudah alih.
3 Perkhidmatan SMS - Masukkan 3 abjad kod rasmi lapangan terbang ke +44 7624 809977 untuk menerima butir-butir ruang menunggu yang ada.
4 Direktori Mudah Alih - Direktori ruang menunggu terkini dalam format PDF boleh dimuat turun dari laman web.
5 E-Newsletter - Dipenuhi dengan tawaran ekslusif dan berita terkini untuk ahli; dihantar terus ke inbox awda.

Bolehkah saya membawa tetamu ke ruang menunggu?

Ya, kebanyakan ruang menunggu akan membenarkan awda membawa masuk mana-mana bilangan tetamu, walau bagaimanapun sebahagian ruang menunggu mengenakan sekatan untuk mengelakkan kesesakan. Sila ambil perhatian bahawa caj lawatan ruang menunggu mengikut kadar bagi setiap tetamu akan digunapakai dalam keadaan ini yang mana akan dikenakan kepada awda. Maklumat lengkap mengenai sekatan pengunjung adalah tertera di halaman Keterangan Ruang Menunggu bagi setiap ruang menunggu yang boleh awda dapati melalui laman web atau aplikasi mudah alih Priority Pass.


Apakah perlu saya lakukan apabila memasuki ruang menunggu?

Apabila memasuki ruang menunggu, awda hendaklah mengemukakan kad keahlian Priority Pass awda kepada kakitangan ruang menunggu dan awda akan diberikan baucar "Rekod Lawatan" yang menyatakan bilangan orang (termasuk mana-mana tetamu) yang memasuki ruang menunggu di bawah keahlian awda. Awda hendaklah memeriksanya dengan teliti sebelum menandatangani kerana adalah menjadi tanggungjawab awda untuk memastikan maklumat di dalam baucar tersebut adalah betul. Jika awda masuk ke ruang menunggu dengan seseorang yang juga ahli Priority Pass, adalah penting untuk awda berdua mengemukakan kad keahlian dan memastikan awda berdua menerima baucar masing-masing untuk diperiksa dan ditandatangani.


Bolehkan saya membawa kanak-kanak masuk ke ruang menunggu?

Kanak-kanak adalah dialu-alukan di kebanyakan ruang menunggu apabila ditemani oleh orang dewasa. Walau bagaimanapun, polisi kemasukan untuk kanak-kanak adalah berbeza di antara ruang-ruang menunggu. Oleh yang demikian, adalah penting bagi awda untuk menyemak terlebih dahulu jika terdapat sekatan yang dikenakan sebelum membuat perjalanan. Butir-butir dasar kemasukan kanak-kanak bagi setiap ruang menunggu boleh didapati di halaman Keterangan Ruang Menunggu yang boleh awda perolehi di laman web Priority Pass atau aplikasi mudah alih.


Saya adalah ahli bersama PERDANA Perbankan Istimewa / pemegang kad tambahan Kad Kredit Platinum PERDANA. Adakah kemudahan ini boleh saya gunakan?

Keistimewaan Priority Pass hanyalah untuk ahli utama PERDANA Perbankan Istimewa, siapa yang memegang kad keahlian Priority Pass. Walau bagaimanapun, awda adalah dialu-lukan untuk menggunakan kemudahan ruang menunggu sebagai tetamu bersama ahli utama. Sila ambil perhatian bahawa caj lawatan ruang menunggu dengan kadar setiap tetamu akan dikenakan dalam keadaan ini.


Sebagai ahli utama PERDANA Perbankan Istimewa yang memegang kad keahlian Priority Pass, berapakah bilangan lawatan percuma yang diberikan?

Awda berhak 10 lawatan percuma sahaja setiap tahun kalendar tanpa mengira tarikh pengeluaran kad keahlian Priority Pass awda. Sebarang lawatan yang tidak digunakan dalam tahun kalendar tidak akan dibawa ke hadapan ke tahun kalendar berikutnya dan ianya akan dibatalkan pada setiap hujung tahun kalendar. Setelah awda menggunakan sepenuhnya lawatan percuma yang ditetapkan dalam masa setahun kalendar, awda akan dikenakan caj bagi sebarang lawatan seterusnya.


Bolehkah saya membenarkan tetamu saya menggunakan lawatan percuma yang ditetapkan yang saya berhak?

Ya, bagi mana-mana tetamu yang awda bawa masuk ke ruang menunggu, awda boleh mengarahkan Bank untuk menolak jumlah lawatan dari lawatan percuma yang ditetapkan yang awda layak dengan syarat awda tidak menggunakan sepenuhnya lawatan percuma berkenaan. Jika tidak, kadar tetamu yang biasa akan dikenakan.


Apakah kadar lawatan untuk penggunaan ruang menunggu?

Untuk ahli utama PERDANA Perbankan Istimewa yang memegang kad keahlian Priority Pass, setelah awda menggunakan sepenuhnya lawatan yang ditetapkan, awda akan dikenakan B$35 setiap lawatan dan untuk setiap tetamu, caj US$27 akan dikenakan pada setiap masa yang mana boleh diubah oleh Priority Pass dari semasa ke semasa. Kadar pertukaran matawang asing adalah berdasarkan kadar pertukaran pada hari transaksi tersebut didebitkan yang biasanya di antara 30 ke 60 hari daripada bulan selepas lawatan ruang menunggu.


Apakah yang akan berlaku jika kad keahlian Priority Pass saya hilang atau dicuri?

Hubungi Pengurus Perhubungan PERDANA awda dengan segera atau hubungi Pusat Panggilan PERDANA di talian +673 223-6688. Kami akan mengeluarkan kad keahlian Priority Pass yang baru dengan percuma. Sila ambil perhatian, jika sekiranya kehilangan atau kecurian kad tidak dilaporkan kepada kami dan mana-mana ruang menunggu diakses dengan menggunakan kad keahlian Priority Pass awda, awda akan dikenakan caj ke atas lawatan berkenaan. Oleh itu, kami menggesa awda untuk melaporkan sebarang kehilangan secepat mungkin.


Bolehkan kad keahlian Priority Pass saya diaktifkan semula setelah dilaporkan hilang atau dicuri?

Ya. Setelah kad keahlian awda yang hilang telah ditemui, ia boleh diaktifkan semula dengan syarat tidak ada kad keahlian Priority Pass baru dikeluarkan kepada awda. Pengurus Perhubungan awda akan memaklumkan kepada awda setelah kad awda diaktifkan semula dan sedia untuk digunakan.


Adakah ruang-ruang menunggu dimiliki dan dikendalikan oleh Priority Pass?

Tidak. Ruang menunggu yang menyertai program Priority Pass ini adalah dimiliki dan dikendalikan oleh organisasi pihak ketiga termasuk pihak berkuasa lapangan terbang, ejen pengendalian darat dan syarikat penerbangan.


Adakah terdapat kod berpakaian di dalam ruang menunggu?

Ruang-ruang menunggu mungkin mengenakan kod pakaian mereka masing-masing. Walau bagaimanapun, sebagai peraturan umum sila kenakan kod pakaian yang sesuai / kasual. Keterangan mengenai sebarang kod pakaian yang khusus boleh didapati di halaman Keterangan Ruang Menunggu yang boleh awda perolehi melalui laman web Priority Pass atau aplikasi mudah alih.


Apakah kemudahan-kemudahan yang terdapat di ruang menunggu?

Kemudahan-kemudahan yang ditawarkan adalah berbeza di antara ruang menunggu tetapi biasanya termasuk minuman, surat khabar / majalah, ruang untuk bekerja atau berehat, dan akses kepada internet atau Wi-Fi yang disediakan secara percuma. Keterangan lengkap mengenai kemudahan yang disediakan bagi setiap ruang menunggu boleh didapati di halaman Keterangan Ruang Menunggu melalui laman web Priority Pass dan applikasi mudah alih.


Adakah ruang-ruang menunggu menyediakan maklumat penerbangan?

Sebahagian ruang menunggu menyediakan monitor maklumat penerbangan. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa tidak semua ruang menunggu menawarkan kemudahan tersebut kerana ruang menunggu tidak berkewajipan untuk mengumumkan penerbangan kepada ahli Priority Pass. Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab mutlak ahli untuk sentiasa mengetahui waktu penerbangan dan maklumat menaiki pesawat.