| ITB Career Dialogue & Exhibition 2010 |
|
January 9, 2010 – Bank Islam Brunei Darussalam Berhad (BIBD) menyertai Majlis Pameran dan Dialog Kerjaya yang bertujuan untuk memberi peluang kepada agensi-agensi Kerajaan dan Swasta bagi mengadakan rundingan secara tidak rasmi bersama pelajar-pelajar ITB khususnya dan juga orang ramai yang datang pada hari itu, secara amnya.
Tetamu terhormat yang hadir bagi merasmikan pembukaan Majlis Pameran dan Dialog Kerjaya 2010 ialah Yang Mulia, Haji Awang Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya Seri Laila Dato Seri Utama Haji Awang Mohd Taha, Setiausaha Tetap Perhubungan. Beliau juga bekesempatan untuk melawat booth BIBD dan mendengar penerangan dari Awang Damit Bin Haji Mohd Tahir daripada Bahagian Recruitment & Retention Unit / Learning & Development Unit Human Resource Development Department, yang sedikit sebanyak menerangkan bahawa graduan-graduan lepasan ITB yang baru sahaja menamatkan pengajian mereka pada bulan Disember yang lalu adalah sangat bertuah.
Untuk merebut peluang keemasan ini bagi mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan akademik masing-masing. Dan beliau juga berharap supaya majlis seumpama ini akan dapat di teruskan lagi oleh pihak ITB dimasa akan dating nanti.
|








